Friday, March 23, 2012

chapter 1

Posted by Areysya Anim at 9:58 AM 0 comments

19/3

Hidup: hari ni sangat berkeyakinan..rasa macam matured semacam.ahahahaha

Keje: berlambak giler. Kalau boleh..nak ade robot tolong buatkan..pls pls!

Skandal: Perghhh…mentang mentang pegi jauh…macam macam hal dia buat kat sane. Xpe xpe.sikit sikit da kena reject!

Cinta: keadaan semakin jernih tapi macam diri sendiri yang kejam bila buat benda yang xsepatutnya & perangai sangat lain daripada sebelum ni..

*materialistik??? Mintak jauh laa sume tuh…

20/3

Hidup: still ok..tu je lah..

Keje: masih terpinga pinga cari info..esk da nak jumpa lecturer.berhari hari aku cari tapi apa aku dapat?habuk pon tarak! Aiyaaa!!! Tak buat keje ke aku? X!x! aku buat oke.Cuma keyword lam itnet tu yg salah time ak nk google….(alasan mungkin~~)

Skandal: I miss u..! what?? Kau miss sape tuh.hahahahaha..perasan aku lah gerangannyee..mmg pon..ahahahaha…tapi mustahillah dia ingat kat aku..ekekekekeke

Cinta: semakin normal. Dah mula contact..tapi aku rasa aku yang makin jauh. Wth????

*kecewa dengan diri sendiri

21/3

Hidup: sangat bz. Setiap saat begitu berharga. Nak rehat pon susah..bila da penat, sume benda kadang-kadang tak kena. Tambah plak kawan asik mengomel je.damn! what a life??

Keje: hari ni just ade satu kerja tetapi memerlukan masa yang lama.berkemungkinan akan berlarutan selama dua hari..asik ulang benda same je hari ni sampai dapat result yang memuaskan.

Skandal: damn! Dia terasa dengan aku gara gara sebab aku ejek style dia…da orang dah mesej banyak banyak kali tu udah udah laa merajuknyee…jangan laa nak jual mahal sangat. Ade jugak nanti aku biar je.

Cinta: dia semakin baik dengan aku. Adakah aku masih cintakan dia ataupun sebab skandal skandal aku sume bawak diri? (bajet macam hot je.padahal muka sememeh!)

22/3

Hidup: hari ni hidup macam teratur je.tak ada ape ape yang nak dikejarkan. Kalau lah macam ni tiap tiap hari..gler heaven!

Keje: sikit je keje hari ni…hip hip hooreyyy! Jom kita rehat je hari ni…=)

Skandal: jumpa dia hari ni kat kelas. Tapi aku saja je lalu jalan lain. Tak nak kasi dia Nampak. Kalau dia Nampak aku sekalipon..aku nak dia yang tegur aku…

Cinta: dia cuba sedaya upaya kerap contact aku hari ni. Rasa macam terharu tetapi tak nak berharap sangat. Nanti diri sendiri yang kecewa..betul x?

23/3

Hidup: hari ni pun rasa diri ni sangat cantik. Ranggi sangat!ahahahahahaha

Keje: keje ni xpenah nak abes. Ade je benda kena buat.adeh..ingat nak hantar assignment tapi tak dapat sebab lecturer cuti.

Skandal: dia dah balik! And dia mesej aku! Wow!!!sangat tak sangka dia akan terus mesej aku.tetapi ayat dia tak boleh blah..ttiba ingatkan aku pasal benda yang aku tak nak dengar..buat rilex sudah!grrr…

Cinta: si dia balik kampong sebab kena naik mahkamah. Aku bersimpati..tapi tak tau nak respon macam mana..giler keras aku ni.tak amek berat ke ape cmni?



Sunday, March 18, 2012

kau kesayanagn ku~~

Posted by Areysya Anim at 3:36 AM 0 comments
Tika kita bersua hati mula tergoda
Payah nak dilupakan walau seketika
Tidak pernah terduga cinta mula berputik
Bagai kan tak percaya aku jatuh hati

Kaulah kekasih yang amat ku sayang
Andai tidak bersua pastinya ku merindu
Kerana hati dah tertawan
Kerana cinta dah terbena
Yang pasti kini
Hanya kau saja bertakhta di hati ini
Kan ku sunting diri mu sayang
Kan ku bina istana cinta
Kau kekasih ratu hatiku selama-lamanya

Kaulah kekasih
Yang amat ku sayang
Andai tidak bersua pastinya ku merindu
Kerana hati dah tertawan
Kerana cinta dah terbena
Yang pasti kini
Hanya kau saja bertakhta di hati ini
Kan ku sunting diri mu sayang
Kan ku bina istana cinta
Kau kekasih ratu hatiku selama-lamanya
Hati usah diduga hanya mengundah resah
Cinta di hati ini hanyalah untukmu
Kau kesayanganku penyeri hidup ini
Haruman kasihmu melekat di jiwa


Friday, March 9, 2012

kawin ke dia?

Posted by Areysya Anim at 5:27 AM 0 comments


terbayang-bayang dah dua bentuk cincin ni bila aku tengok status dia...nak kawin ke dia bila sejak dua menjak ni dia selalu tulis pasal kawin? dah tergerak ke hati dia nak berumah tangga?
sipolan b sipolan ucap tahniah kat dia?
'abang hensem dengan akak cantik?'
'makan budu plak tuh'
apa ni?
dia nak kawin dengan gadis timur mungkin?
arghhhh..mungkinkah semua itu terjadi?
walaupun dah jadi kawan.....tak tahu kenapa perasaan lain macam tu terdetik kat hati ni. nak kata terguris tuh...sikit laa kot.nak kata marah...tak jugak.nak kata benci macam mustahil. ishhh...

*pic copy nih..mintak izin abg n akk..haha

tapi ape pon...congratz!!! even kau dengan orang lain, aku doakan kau bahagia bersama si dia. alhamdulillah..sebab di sebalik perpisahan ni...adanya hikmah yang lagi besar yang tersedia di hadapan kita~~~




ikan siakap cik areysya

Posted by Areysya Anim at 12:13 AM 0 comments
resipi ni senang sangat. sape sape yang tak berapa mahir macam areysya ni boleh laa try resipi nih...
*biar simple asal nampak kelasssss gitu jahh! sedap pon sedap! hehehe

BAHAN UTAMA:-
1 ekor ikan siakap ( saiz tu suka hati )
tepung jagung (guna time nak salut ikan sebelum goreng)
telur yang telah dipukul sehingga kembang (ikut size ikan)

BAHAN UNTUK SOS YANG SEDAP:-
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar air
1 sudu kecil gula

BAHAN UNTUK HIASAN:-
1 pokok daun bawang
2 biji cili merah (dihiris)
2 biji cili hijau (dihiris)
2 biji buah tomato (dipotong 4)
1/2 batang lobak merah
1 biji bawang merah-potong bulat

CARA MEMBUATNYA
Bersihkan ikan elok-elok. Mula-mula, salutkan ikan dengan telur yang telah dipukul. Kemudian, salutkan tepung jagung dengan ikan. (kalau boleh, gaul dulu dgn sedikit garam dan tepung jagung)
Panaskan kuali. Pastikan minyak betul-betul panas dan goreng ikan hingga kuning keemasan. Angkat, toskandan letakkan dalam pinggan hidangan.
Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar.
Masukkan bahan-bahan sos dan biarkan mendidih. (tambah air). Kacau rata dan biar mendidih sikit.
Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
Curahkan ke atas ikan tadi.


Thursday, March 8, 2012

TAK BOLEH TIDO!

Posted by Areysya Anim at 8:59 AM 0 comments
Adik dah tido lama dah. mimpi sampai ke mana pon tak tahu lah. aku? aku still lagi duk on9..hahahaha...merapu-rapu kat blog lagi sambil duk pikir apa lagi yang aku nak tulis kt sini.sebenarnya aku dalam dilema ni. adik lelaki aku nak jual fon.TETAPI itu fon aku. ape nak buat nih?

Dilema mugkin,

NAK KE TAK NAK?

Posted by Areysya Anim at 8:50 AM 0 comments
Saya nak kat awak tapi awak tak nak kat saya.
bila saya tak nak awak, awak nak kat saya pula.
yang mana satu nih?

Gadis keliru,

HOMEWORK! HOMEWORK!

Posted by Areysya Anim at 8:44 AM 0 comments
Banyak sangat homework nak kena buat tapi tak tahu kenapa rasa macam malas sangat. kalau tak buat sekarang..nanti gelabah plak nak buat last minit. tak tido malam lah...serabut sampai tak boleh nak bergurau dengan orang lah..nak makan pon tak lalu lah..banyak benda tak elok akan berlaku tuh!

*pls!pls! siapkan keje sekarang!


Si Pemalas,

TERUS TERANG

Posted by Areysya Anim at 8:38 AM 0 comments
Geram pula dengan orang sekarang ni..macam-macam perangai. tak boleh ke terus terang je...tak payah nak menipu sangat lah! apa yang betul, cakap je betul...ape yang salah tu, mengaku je lah.
rasanya kalau terus terang tu tak salah. lagi meredakan keadaan ada lah....

9 MARCH 2012
12.43 A.M


Jujur dari hati,

i love hello kitty!

Posted by Areysya Anim at 6:20 AM 0 comments
kalau boleh...nak semua barang tu ada hello kitty...hehehehe


bangun pagi dgr alarm comel....
pastu roti biasa pon rasa berselera nak makan...

hk-webcam.jpg
time webcam pon semangat je tenung bendalah nih...
ni..memang teman rapat kalau nak on9..hehe

dengar lagu pon cam dalam alam fantasi,..
wowweeee....
belt hello kitty...weee~~~


















Best regards,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Appp...apppp...jgn copy..berdosa tau~~~

semerah jambu kapkek!! Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review