Friday, November 5, 2010

tak tahan!

Posted by Areysya Anim at 4:49 AM 0 comments

hai...dah lame betol ari tak online kan? bukan tak ingat tapi hari-hari amat sibuk skali yaa....mesti korang pelik kn..naper ari ttiba update belog ni..sebabnyer ari tgh penoh ngan emosi.berkobar-kobar nak bercerita..

amar si anak orang

sejak dua menjak ni, ari suka lepak ngan kawan. satu hari ni, kawan ari yang nme syah tetibe jer bawak kwn dia skalik. mukanyer boleh tahan handsome la jugak. nme dia amar. tengah kitorang cari-cari tempat nak makan, c amar ni cakap r yang dia xsuka makan kt food court. fine la kan. tak de la plik sangat. maybe anak orang kaya kot. tapi terdetik gak r kat dalam ati ari yang amar ni mcam berlagak.

tengah dok jalan2....amar cakap dia lapar. tmpat makan punya la banyak tapi sorry! sume 2 amar xlayan beb...ari pun pelik.ape bnda la yang dia elergik sgt smpai tak bleh mkn fast food. kitorg kasik je dia jd pmandu pelancong. dah lame sangat jalan, last2 amar pun ajak kitorg mkn kt 'food court' beb! sengal punya anak org! marah hati ni taw! #@%$^*&!!!!

nk kenal amar tak???ni lah dia.haha






Sunday, August 29, 2010

c!nTa PaLsU

Posted by Areysya Anim at 10:49 PM 1 comments




Saat itu aku dipaksa kahwin dengan jejaka pilihan ayahku setelah satu kejadian menimpa aku. Aku tidak mengenali siapakah jejaka itu. Oh ayah, anakmu ini telah berjanji sehidup semati dengan kekasih hati. Mengapa ayah perlakukan aku sebegini rupa. Teruk sangatkah pilihanku sampaikan ayah membuat keputusan untuk memilih yang lain? Sesungguhnya bagiku, tiada siapa pun yang mampu menggantikan si dia. Dia terlalu sempurna di mata aku. Kad jemputan raja sehari telah lama habis di edar kepada orang ramai. Perlukah aku menuruti segala perintah ayahku? Ini adalah penentu kebahagiaan aku. Tegarnya ayah memusnahkan kebahagiaan anak sendiri. Ingin sahaja aku melarikan diri dan hidup bersama kekasih hati tetapi khabar perkahwinan ini terlalu pahit untuk aku menerimanya. Apatah lagi kekasihku yang belum mengetahui semua ini. Aku keliru, risau dan marah. Semuanya bercampur baur. Apakah reaksi kekasihku jika mengetahui perkhabaran ini? Adakah dia akan menghalang perkahwinan ini? Jika itu yang bakal terjadi, aku tidak sanggup untuk menghadapinya. Segala persiapan perkahwinan hampir selesai. Tanggungjawabku sebagai seorang anak, kuat mengatakan aku perlu melindungi maruah keluargaku. Antara cinta keluarga dan kekasih, yang mana harus aku pilih?

Di saat-saat akhir, aku membuat keputusan ingin berkongsi perkhabaran ini dengan kekasih hati. Pertemuan itu akan menentukan segalanya. Kami berjanji untuk berjumpa di tempat biasa.di bawah rimbunan pokok-pokok yang menghijau. Izzat hanya menunggu aku untuk mengeluarkan kata-kata.hatiku terlalu sayu ketika itu. Dia menantikan dengan penuh sabar. Aku mula menceritakan perihal itu dari awal. Di mana ayahku mula menyatakan bahawa dia tidak berkenan dengan izzat. Izzat mengeluh. Dia memikirkan segala kata-kata ayahku. Sunyi sepi mula menyelubungi kami. Izzat mengangkat mukanya lalu menyatakan bahawa dia memahami ayahku. Dia merelakan aku berkahwin dengan jejaka itu. Air mataku mula membasahi pipi. Tanpa mendengar ayat-ayat seterusnya, aku mula berlari. Tidak ingin aku berada di situ lagi. Aku takut untuk menghadapi kenyataan itu. Tangisanku semakin kuat. Badanku terasa lemah dan aku jatuh terduduk di tepi jalan. Apakah ini takdir yang menanti aku selama ini? Adakah dugaan ini yang akan mendewasakan aku seperti jangkaan arwah moyangku? Aku menggenggam anak-anak batu di bawah tanganku. Aku mula memandang ke belakang dengn harapan izzat mengejarku. Ternyata semua itu hanyalah khayalan aku. Tiada bayangan izzat di situ. Izzat betul-betul menghantar aku dengan kenyataan yang mengecewakan. Angin sepoi-sepoi bahasa menenangkan aku seperti memahami resah di hatiku.

Jauh di hujung jalan kelihatan sepupu-sepupuku berlari untuk mendapatkan aku. Zareen mengangkatku dengan bantuan aimi. Dalam perjalanan, zareen menyatakan dia simpati terhadap aku. Aimi hanya mengangguk. Mulutku diam seribu bahasa. Zareen dan aimi memelukku. Aku membalas pelukan itu dengan linangan air mata yang tidak berhenti dari tadi. Sesampainya di rumahku, kami memasuki pintu belakang. Dengan bantuan saudara-saudaraku, pertemuanku dengan izzat dirahsiakan dari orang ramai dan ayahku sendiri. Ibuku memandang dari jauh dan mengarahkan zareen supaya membantuku memakai pakaian pengantin. Tanpa banyak kerenah, aku memakai pakaian itu. Warna merah jambu membaluti tubuhku. Dengan bantuan mekap dari aimi, mataku yang bengkak tadi telah hilang. Majlis bermula dan berakhir dengan lancar. Ayah melemparkan senyuman kepadaku tetapi aku menundukkan kepala. Aku mula menapak ke bilik. Aku tidak mampu lagi untuk berlakon. Berjam-jam aku berkurung di dalam bilik. Akhirnya, ibuku menegurku supaya keluar bertemu mata dengan para jemputan. Aku hanya menggeleng. Ibuku mula memegang tanganku dan mengusapnya. Ibu menyuruh aku untuk tabah. Dia menerangkan bahawa ayahku cuma mahu yang terbaik dalam hidupku. Aku membalas senyuman ibu walaupun hati ini masih menidakkan semua itu. Orang ramai mula berkurang dan malam sudah tiba. Aku mula takut. Takut dengan suamiku. Sudah hampir pukul dua belas malam tetapi batang hidungnya juga aku tidak nampak. Namun begitu aku terasa lega. Mataku mulai berat. Mungkin kerana letih yang teramat. Akhirnya aku tertidur.

Tidurku begitu nyenyak sekali. Bantal pelukku memberi keselesaan kepadaku. Terasa berat sekali untuk aku bangun dari tempat tidurku.

“Oh mr.bebear. Kenapa kamu sangat comel?..muah..muah..sayangnya kat dia.” Pujiku.

Ketika aku ingin memberi ciuman yang ketiga, aku mula membuka mata.

“Mengapa mata bebear seperti manusia? “

Aku memerhati dalam gelap. Tanganku meraba-raba tubuh bebear namun ianya bukanlah susuk tubuh bebear.

Tiba-tiba aku terdengar satu suara menyapa lembut ke gegendang telingaku .

“apa yang awak cari?”.

“Hah?” aku terkejut.

Tubuh bebear membuka lampu meja. Ternyata bebear itu adalah suamiku. Aku berpaling darinya.

“Tidakkah berdosa jika seorang isteri memalingkan tubuhnya dari suami?” tegur hakimi yang aku sangkakan mr.bebear.

Aku diam tidak terkata. Dia menarik tubuhku menghadapnya. Aku tidak mampu untuk menolak. Takut juga jika aku berdosa. Aku memejamkan mata. Malu untuk bertentang mata dengannya.Dia mencium dahiku. Aku terkejut lalu membuka mataku.

Dia berkata lagi. “kenapa awak diam saja?”.

Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutku. Ketika aku memandang wajahnya, aku begitu terkejut. Mukanya tidaklah buruk seperti jangkaanku. Malah tampan sekali. Hidungnya tidak kembang seperti kerbau di padang. Mukanya tiada jerawat malah setiap kata-katanya menenangkan aku. Aku berfikir, adakah ini keajaipannya andai kita menurut perintah ibubapa kita? Adakah ini perasaannya apabila orang berkata cinta boleh dipupuk selepas kahwin?




Saturday, May 1, 2010

oh prince charming..luplup..

Posted by Areysya Anim at 2:43 AM 0 comments


haiyayai..ari datang lagi dengan cerita yang besh.dalam hidup nie kan,mesti korang pernah minat kat someone kan?alangkah indahnya hidup kalau semua itu jadi kenyataan kan.dan hari indah tu sudah sampai dalam hidop ari bila si prince charming msg ari.wahwahwah..hati ini rasa bahagia sekali.ape?nk tau sape prince charming 2?ok.ok.tapi janji jangan amek.



hensem tak?nie ari punya tau.

mesejnya berbunyi begini:

"salam.awk tgh bt pe?hah..nie msti tgh lyn fb."

amboi amboi.sodap jugak mulot dia berkata-kata..tapi ari suker.ari pun balas.

"tak de la.tgh stress stdy nie.rasa macam da xblh msuk jer."

then,handphone ari berbunyi.alamak,dia call la.blink..blink.hati cayer berbunga2.lalalala~
tengah rancak berborak tu, my prince charming pun kasi tips untuk hadapi exam dan stress.so kat sini ari maw menyebarkan tips itu kepada semua.semoga kita sama-sama boleh mengurangkan stress.

  1. Before korang buat ape-ape kerja sekali pun,korang kena ingat tidur yang cukup amat penting.waktu rehat yang cukup membantu kita lebih bertenaga dan segar untuk menjalankan aktiviti seharian.
  2. kalau korang tengah stress sangat,ape kata kalau korang stop sekejab dan try buat senaman ringan sikit.tak pun,korang keluar amek angin untuk 5mint.mesti korang tertanya-tanya ape motif kita buat macam tu kan?dan sebabnya ialah aktiviti tue boleh hilangkan ketegangan otot2 kita time kita mentelaah tadi.
  3. belajar tarik nafas dengan betul.tarik nafas panjang2 dan lepas kan perlahan2 dengan keadaan teratur.
  4. kalau boleh amalkan makanan seimbang.
  5. korang kena selesaikan masalah korang satu persatu.jangan cepat gelabah.
  6. haa,,ni penting gak nie.korang boleh jugak mintak kawan korang dengar ape masalah korang.mungkin kawan korang boleh bantu korang dgn bagi pendapat diorg dari sudut yg lain.
  7. amaran..jangan sesekali korang amek ubat2 untuk hilangkan stress korang tu sebab kadang2 ubat ni boleh jadi 1 masalah baru kpd korang.
hopefully,korang boleh kurangkan stress korg tu terutamanya bila tgh final sekarang nie yer.chaiyok..chaiyok.sekian dari taylor swift.hahahaha~







Friday, April 30, 2010

Biler sy tension,sy maw mkn cupcakes!

Posted by Areysya Anim at 11:34 PM 0 comments



halluu..hr nie ari tension r..cz tgh final exam..adoyai..kepenatan..maw jer ari lari drp cumer nie tp idop msti dteruskan..tibe2 an..ari teringat time maen buat cupcakes ngan mak sedara..wahh..epi bangat time tuh..bersungguh2 wat kek 2 smp jdik..ngan icing yg bersepah2 merata2 tmpt..ahak2..lawak2..alahai..windunyer..



time tension2 cmnih,bes an klau:
1.dpt g bli cupcakes ngn org yg trsyg.
2.pilih came2.(nk wt tkt xsmpt an)hahahaha.
3.mkn cupcakes ngn perasaan gumbira cgt2.
4.boley mkn suap2.nyum..nyum..
5.boley posing maut ngn cupcakes yg chomel.

haa..ari ade resipinyer tp lupe r wt mse nie..t klau
ari da smp uma,ari post resipi 2 eh..t kte sme2 blh mkn cupcakes..yeay!!!..maw x?msti mau kan?ahaha..ari tau..ohh cupcakes..slrpp...cedap2..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Appp...apppp...jgn copy..berdosa tau~~~

semerah jambu kapkek!! Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review