Friday, November 4, 2011

~MUNGKIR JANJI~

Posted by Areysya Anim at 4:02 AM
J.a.n.j.i....



Ada apa dengan janji? Korang tahu kan dengan janji, macam-macam boleh jadi. Boleh bahagia...boleh duka..boleh sengsara...kadang kadang..dengan janji, hidup seseorang boleh porak peranda.

If korang yg mungkir janji..korang pernah terfikir tak, ape perasaan orang yang tunggu korang kotakan janji korang. Kalau korang rasa janji korang itu tak penting, tolong letakkan diri korang kat tempat orang tu. Mungkin bagi dia, janji korang tu sangat penting dalam hidup dia. Seriously...memang rasa sakit bila janji tak ditunaikan...

Aku ada terbaca kat web...hukum berjanji. Meh aku share..peringatan untuk korang dan peringatan untuk diri aku sendiri.

Allah menjelaskan di dalam al-qur‘an bagaimana menjaga kesejahteraan masyarakat dan individu termasuk menjaga pertalian antara satu sama lain. Demi menjaga kesejahteraan, maka membuat sebarang janji hendaklah ditepati. Menepati janji itu adalah tuntutan syara‘, sebagaimana allah subhanahu wa ta‘ala berfirman:

Tafsirnya: “dan sempurnakanlah perjanjian (dengan allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya”.

(surah al-isra’: 34)

Ayat ini memperingatkan bahawa hidup manusia di dunia ini selalu terikat dengan janji. Oleh kerana itu jangan mudah kita membuat janji, kalau janji itu dijangka sukar untuk ditepati atau dipenuhi.

Akibat mungkir janji:

Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab daripada allah dan adanya sebab daripada manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan daripada allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat allah (perintah-perintahnya), dan mereka membunuh nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum allah).”

(surah ali imran: 112)

“dan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka berjanji. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman dan mengerjakan kebajikan dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa”.

(surah al-baqarah: 177)

“dari tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga iaitu jika dia bercakap dia berbohong dan jika dia berjanji dia mengingkari janji dan jika diamanahkan dia khianat”.

(hadis riwayat muslim)


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Appp...apppp...jgn copy..berdosa tau~~~

semerah jambu kapkek!! Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review